Wednesday, August 12, 2015

Resepi Pulut Durian Yang Simple

Lambakan Durian. :)

Banyaknya durian sekarang ni, sana sini pasar penuh dengan jualan durian, sehingga harga jatuh mencecah RM0.70 sekilo.. Murahkan.. Untunglah bagi penggemar durian, boleh borong banyak-banyak..

Sabtu lepas adik balik sipitang, dapatlah durian Free dari mentuanya.. hihihi.. 3 hari makan tak habis-habis.., so bagi menghabiskan durian meh kita buat Pulut Durian pula..


BAHAN-BAHAN :
2 Cawan Beras Pulut (Direndam lebihkurang 3 jam)
1 cawan santan
1 cawan air
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Buah durian

CARA MEMBUATNYA
1. Tos beras pulut yang direndam, kemudian kukus sehingga masak
2. Untuk Santanya : Masak santan bersama air, daun pandan dan garam, Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
3. Cara Makan. Gaul pulut dengan santan dan makan bersama durian.

Senang je kan Resepinya.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Ibu Zharif Qusyairi | Template Designed By MH