Wednesday, December 31, 2014

Cara Memasang Widget Waktu Solat Pada Blog

Alhamdulillah,
Akhirnya jumpa juga tutorial yang mudah difahami, cara nak pasang widget waktu solat pada blog.

Ibu follow langkah-langkah yang ada pada blog www.malaysiatercinta.com
Jom pasang widget Waktu Solat pada blog anda juga.

Selamat Mencuba.

Tuesday, December 30, 2014

Pesawat Air Asia QZ8501 Telah Ditemui


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Penantian selama tiga hari akhirnya terjawab, Alhamdulillah, pesawat Air Asia QZ8501 telahpun ditemui sekitar 10km dari lokasi kali terakhir pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan Indonesia.

Serpihan Pesawat Disahkan
HARI KETIGA
7.49PM : Air Asia Indonesia mengumumkan bahawa Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia  mengesahkan serpihan yang ditemui hari ini adalah daripada pesawat QZ8501.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa QZ8501 tabah. Salam takziah dan Al-Fatihah buat seluruh penumpang dan krew yang beragama Islam. 

Tuesday, December 23, 2014

Masalah Senggugut Ketika Haid Hilang!!

Apa itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang anda alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali anda period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa yang menyebabkan dismenorea?

Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period anda yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya.

Dismenorea Primer

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor anda mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh anda semasa pemeriksaan.

Dismenorea Sekunder

Adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. 

Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus 
  • Jangkitan 
  • Radang Rongga Pelvis 
  • Endometriosis 
  • Penyakit usus seperti apendisitis 
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Cara paling basic atau cara paling cepat untuk menghilangkan sakit sengugut :
  • Tuam dengan air panas di perut
  • Minum susu panas
  • Minum air suam
  • Sapu dengan minyak angin pada perut dan pingang
  • Mandi dengan air panas
  • Makan beberapa biji panadol.
Selain daripada mengunakan cara-cara di atas, anda juga boleh amalkan pemakanan Suppliment. Shaklee ada menyediakan khas untuk wanita yang mengalami senggugut tanpa mengambil panadol. Set ini terdiri daripada B Complex, GLA Complex dan Ostematrix.

B Complex
  • B Complex kaya dengan pelbagai jenis Vitamin B yang dapat membantu mengurangkan rasa tekanan dan stress. 
  • Membantu menambahkan aliran oksigen dan menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
GLA Complex
  • Wanita yang mengalami sakit senggugut kerana kekurangan linoleic acid dalam badan.
  • Pengambilan GLA Complex dapat memenuhi keperluan badan kerana GLA Complex mengandungi pati biji borage yang merupakan zat terkaya bagi GLA semulajadi dan memberi kelegaan dan meringankan simptom senggugut.
Ostematrix
  • Punca utama PMS adalah kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan.
  • Ostematrix membantu mengekalkan kekurangan magnesium dalam badan.
  • Sebelum Haid bermula, paras bekalan kalsium menurun dan menyebabkan emosi tidak stabil, murung dan masalah kejang otot perut dan lain-lain.
  • Pengambilan Ostematrix dapat mengurangkan kesakitan dan membekalkan keperluan zat magnesium dan kalsium yang berkekalan.

Anda mempunyai masalah senggugut yang teruk? Jom cuba Set Senggugut Shaklee sekarang, InsyALLAH dapat membantu memberi kelegaan dan mengurangkan rasa sakit senggugut anda.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya:
DAYANG SUHANA JASIRIN
ID : 950481
Whatsapp : 014-9520607
Fan Page : Dz.Vitamins

Saturday, December 20, 2014

Khasiat Daun Pegaga


Daun Pegaga selain daripada enak dibuat ulam, ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit diantaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan merawat kecantikan anda.

Antara Petua Kecantikan Ialah :

a. Serikan Wajah Anda

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan, tapis dan sejukkan.

Minum sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu tiga kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

b. Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan dibuat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan anda kecut.

c. Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam Di Muka

Daun Pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini pada setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.


Selamat Mencuba.

Nak Dapatkan Suppliment Shaklee untuk Kesihatan Anda? 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya: 
DAYANG SUHANA JASIRIN 
ID : 950481 
Whatsapp : 014-9520607 
Fan Page : Dz.Vitamins

Friday, December 19, 2014

5 Petua Untuk Kesihatan

1. Hilangkan Lenguh-lenguh Badan

Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandi sebiji air kelapa yang bercampur dengan air sejuk ketika tengahari. Buat cara ini seminggu sehingga anda dapati badan anda beransur segar.

Peringatan : Perlu diingatkan juga jika anda minum air kelapa terlalu banyak anda akan mendapati badan anda lemah dan tidak bermaya, selain dari itu meminum terlalu banyak air kelapa boleh melemahkan syahwat.

2. Hilangkan Serak dan Batuk

Jika anda dapati tekak anda gatal dan perit atau suara anda tidak keluar anda boleh gunakan air asam jawa untuk melegakan masalah ini.

3. Kulit Pisang Ubat Kudis

Jika kulit anda berkudis anda boleh mengubati dengan mudah. Caranya ambil kulit pisang kapas, gosokkan pada kudis anda. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.

4. Ubat Sakit Kaki

Jika anda mengalami sakit kaki kerana terlalu lama berdiri atau alah dengan sesuatu makanan, badan anda mungkin masuk angin dan kaki mungkin berasa sakit-sakit pada tulang dan tapak kaki.

Anda boleh merawat masalah ini dengan mengambil daun mengkudu. Salai pada api, balutkan daun mengkudu tersebut pada kaki yang sakit. Lakukan beberapa kali sehingga kaki anda sembuh.

5. Merawat Kaki Bersisik

Jika anda dapati kulit anda kering dan bersisik ini tentu merisaukan anda terutama jika anda seorang gadis.

Untuk mengatasi masalah ini anda boleh sapukan kaki anda dengan krim atau ambil sedikit minyak kelapa yang belum digunakan, sapukan pada kulit anda yang bersisik pada setiap hari.

Selamat Mencuba :) 


CC. Normila Kamal

Wednesday, December 17, 2014

Kesan Suntikan Vitamin C Yang Menakutkan

Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Kecantikan luaran dan kecantikan dalaman sama-sama perlu dititik beratkan.

Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang terkenal untuk kecantikan kulit. Vitamin C adalah satu vitamin larut air, yang diproses melalui buah pinggang. Kadar keperluan seharian yang dicadangkan oleh FDA ialah 75mg/ sehari bagi wanita dan 90 mg/’sehari bagi lelaki, 45 mg sehari diperlukan bagi mencegah penyakit scurvy. Ianya diperlukan bagi kesihatan gusi, kulit dan tisu penyambung dalam badan yang lain.

Apa yang membimbangkan sikap wanita masa kini adalah inginkan kesan yang lebih cepat tanpa memikirkan kesan buruk jangka panjang. Untuk kesan yang lebih cepat ramai wanita ambil keputusan untuk membuat suntikan Vitamin C, supaya kelihatan lebih menawan, cantik dan anggun. 

Tapi AWAS!! Ketahui dulu kesan sampingan yang menanti !!

Antara keburukan suntikan vitamin C :
  • Kerosakan Buah Pingang 
  • Cirit-birit yang teruk 
  • Penyakit hati 
  • Jaudis dan penglihatan kabur

Apa-apa suntikan menggunakan jarum ke dalam salur darah mempunyai risiko.

1. Risiko air Embolism 

  • Apabila menggunakan picagari, paling penting adalah mesti mengeluarkan semua udara di dalam bekas sebelum dicucuk ke dalam salur darah. Sekiranya terdapat walau sedikit udara di dalam saluran tersebut, udara tersebut boleh pergi ke jantung dan menyumbatkan salur darah. Risiko ini boleh menyebabkan kematian.

2. Risiko Jangkitan Pada Salur Darah/Kulit 

3. Risiko Tersalah Tempat Cucuk
  • Vitamin ini biasanya dicucuk di antecubital fossa iaitu ruangan antara lengan bertentangan dengan siku. Ditempat ini selain vena, terdapat salur darah arteri yang menghala ke jantung, ada saraf-saraf dan otot-otot. Sekiranya suntikan ini terkena pada tempat lain seperti tidak masuk ke dalam salur darah dan berkumpul di bawah tisu, ia boleh menyebabkan bengkak, sakit dan rasa kebas tangan.
  • Sekiranya ianya terkena pada arteri, iaitu saluran yang membawa darah beroksigen, ada risiko tisu tangan tidak mendapat bekalan darah beroksigen dan boleh menjadikan ianya gangren (bertukar menjadi hitam dan mati, terpaksa dipotong).

4. Risiko Salur Darah Menjadi Keras

  • Apabila dicucuk berkali-kali, saluran darah akan menjadi berpaut dan sempit. Kesannya, saluran darah tersebut menjadi keras dan tidak boleh digunakan lagi.

Sangat menakutkan bila tau kesan sampingan jangka panjang suntikan Vitamin C. Jadi lebih baik makan Vitamin C daripada membuat suntikan. Kesannya agak lambat sedikit namun SELAMAT!


Untuk dapatkan Vitamin C Semulajadi. Boleh Hubungi Saya
DAYANG SUHANA JASIRIN 
ID : 950481 
Whatsapp : 014-9520607 
Fan Page : Dz.Vitamins

Tuesday, December 16, 2014

7 Makanan Meningkatkan Kesuburan Wanita


Kehadiran Zuriat sangat dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri. Zuriat merupakan penyeri rumahtangga.. Namun tidak semua pasangan yang betul-betul bertuah terus memiliki zuriat selepas berkahwin.. 

Alhamdulillah, Rezeki sekiranya pasangan tersebut terus-terus menerima berita gembira selepas beberapa bulan berkahwin. Tetapi ramai juga yang bertahun-tahun mencuba dan menanti kehadiran zuriat. Menanti dengan sabar..

Salah satu yang perlu diutamakan adalah mengamalkan makan harian yang boleh meningkatkan kesuburan. Mengamalkan pemakanan harian yang sihat merupakan salah satu kaedah terbaik untuk meningkatkan kesuburan.

Antara Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesuburan Ialah:

Thursday, December 11, 2014

Set Kesihatan Jantung

Masalah sakit jantung merupakan punca utama kematian dalam kalangan rakyat di Malaysia. Kebiasaannya tiada simptom untuk penyakit ini. Ia membunuh secara senyap.

7 LANGKAH KEARAH JANTUNG YANG SIHAT
  1. Makan secara sihat
  2. Tingkatkan aktiviti fizikal
  3. Katakan "TIDAK" Kepada Rokok
  4. Kekalkan berat badan yang unggul
  5. Ketahui paras tekanan darah anda
  6. Kendalikan stress dengan bijak
  7. Hidup sihat tanpa alkohol
Cadangan Vitamin Shaklee untuk kesihatan jantung anda :

CoQHealth Plus
  • CoQ10 semulajadi tubuh terdapat banyak di sel jantung. Ianya membantu dalam penjanaan tenaga di dalam sel jantung yang sememangnya memerlukan banyak tenaga untuk bekerja. 
  • Oleh sebab paras CoQ10 berkurangan apabila usia meningkat, paras CoQ10 perlu ditambah dari luar iaitu melalui pengambilan Suppliment. 
  • CoQ10 Plus Shaklee merupakan sumber CoQ10 terbaik dipasaran.
  • Lemak kolestrol yang terurai perlulah disingkirkan keluar dari badan. Alfalfa Complex mengandungi saponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolestrol dan menyingkirkanya daripada tubuh. 
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai "Fat emulsifier", ia amat penting untuk perlindungan Sistem Jantung dari masalah kolestrol. 
  • Ia amat mujarab jika diambil bersama-sama EPA dan Fiber. (Omega Guard dan Alfalfa)
  • ESP Shaklee membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (Lelaki).
  • Kajian menunjukkan pengamal ESP dan vitamin E serentak boleh merendahkan sehingga 40% LDL (Kolestrol Buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (Kolestrol Buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan alteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.
  • Menurunkan Kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, menggurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung, menghalang strok dan penyakit koronari. 
  • Merupakan sumber antioksidan.
  • Vitamin E adalah pengawal kepada dinding alteri. Ia menjaga kolestrol jahat daripada teroksida. Jika LDL (kolestrol jahat) ini teroksida, akan menyebabkan alteri tersumbat. Keadaan ini yang perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Omega 3 didalam Omega Guard Shaklee amat berkesan dalam menurunkan kolestrol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit. 
  • Ia juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam jantung dan kawasan lain, lantas menghalang tekanan darah tinggi.
SAYANGI JANTUNG ANDA!!

Untuk Order Terus Boleh Klik Di Sini :
Anda Akan Order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya: 
DAYANG SUHANA JASIRIN 
ID : 950481 
Whatsapp : 014-9520607 
Fan Page : Dz.Vitamins

Friday, December 5, 2014

Testimoni Vitamin E Complex

Assalamualaikum. .
Ai nak share amazing result amalkan vitamin E..ai mkn n wt masker..this is 1weeks pya kesan..ai tgk cermin npk mcm xda perubahan tp bila ai wt pic before n after ni mmg hepi la tgk perubahan skin.
.
Ai tau pasti akn ada yg pkir the after pic tu ai guna app ke apa..up to them lah kan..yg penting my skin is getting better..
Gbar di snap dlm bilik yg sm xbkk lampu just guna flash hp yg sm. .


Akhir bulan January 2014 yg lepas saya perasan kulit muka menggelupas dn kulit kering..saya cuci muka dgn pencuci muka yg biasa sy guna tiap hari tapi tiada perubahan..stress sangat sebab bila pakai bedak nmpk la bercapuk2 pastu kulit kasar plak..huk..mak pun tegur..;(


Then sy try sapu Vitamin E selama 4 hari..picit n sapukan kat tmpt yg berkenaan tiap malam..biarkan sampai pagi..esok pagi cuci..Alhamdulillah hasilnya kulit muka dah tak menggelupas n yg paling best skali lembap gituu..tiap masa nk belek muka kt cermin..Tq Vitamin E..Tq Allah:)

Untuk Order Terus Boleh Klik Di Sini 
Anda Akan Order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya:
DAYANG SUHANA JASIRIN 
ID : 950481 
Whatsapp : 014-9520607 
Fan Page : Dz.Vitamins

Thursday, December 4, 2014

#ShakleeEffect

Jom kita lihat apa kata mereka

#ShakleeEffect




Promosi Berganda December 2014

Bestttt sangat Promosi bulan ni. Ada 2 Promosi dari Shaklee

~ Beli 6 Percuma 1 (RM555.00) 
~ Beli 2 Get 5% Discount (RM175.75) 
**Retail Price Bagi Sebotol Vitamin C Ialah RM92.50 

~ Beli 6 Percuma 1 (RM894.00) 
~ Beli 2 Get 5% Discount (RM283.10) 
**Retail Price Bagi Sebotol Vitamin E Ialah RM149.00 

Terlalu banyak manfaat dan kelebihan dari dua vitamin ni. Banyak testimoni yang memuaskan. Dari kulit kusam, berjerawat dan berjeragat, selepas consume Vitamin C dan Vitamin E kulit jadi sekata, licin, bersih, dan parut jeragat juga mula pudar. 

Psittt..Psitt.. Nak bagi anda satu tips :) Boleh je beli 6botol Free 1 tu, mai pakat dengan kawan Seoffice atau saudara mara untuk beli 1set..JIMAT..RUGI TAK BELI..mai borong banyak-banyak..

"Nak Lagi jimat boleh daftar Ahli Shaklee untuk dapatkan Harga Ahli"

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya: 
DAYANG SUHANA JASIRIN 
ID : 950481 
Whatsapp : 014-9520607 
Fan Page : Dz.Vitamins

Wednesday, December 3, 2014

Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Orang tua selalu berpesan, perempuan tak elok sangat angkat benda yang berat-berat. Bukan nak kata tak boleh tapi tidak digalakkan.. Angkat berat merupakan salah satu punca kepada jatuhnya peranakan. 

Peranakan jatuh atau yang dikenali sebagai prolaps seperti yang ibu terangkan pada entry ibu sebelum ini, bukan sahaja berlaku kepada kaum wanita yang sudah berkahwin malahan boleh berlaku kepada wanita yang masih bujang. So kena berhati-hati ye..

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.

Peringkat kedua dimana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj.

Peringkat ketiga, yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj.

Tuesday, December 2, 2014

Hari Pertama Zharif Qusyairi Ke Taska

1st day Zharif ke Taska (1 Dec 14). Walaupun pada awalnya ibu sangat berat hati nak gi hantar Zharif ke taska,.. Ibu cuba lawan perasaan risau tu.. Yelah sekarang ni Famous sangat kes dera kat taska kan.. Hope tak terjadi pada Zharif ibu..

Lepas hantar, time balik rumah berhenti sat kat tepi jalan, rasa nak pusing balik lak nak gi ambil Zharif.. Hahahah



Hari berlalu terasa sangat lambat, tengo jam je kerja sampai petang. 

Jam 5ptg ibu gerak dari rumah.. Sampai taska, nampak Zharif happy je main ngan kawan-kawan baru. Lega sikit hati ibu..Alhamdulillah

YA ALLAH YA TUHANKU
Peliharalah Anak Ibu semasa berada dibawah jagaan akak-akak taska..


"Aku berlindung kepada ALLAH untukmu berdua dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna, dari segala setan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat"

Monday, December 1, 2014

Risiko Kekurangan Protein

Protein adalah amat penting. Badan kita memerlukan protein untuk pertumbuhan yang sihat. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 46-50 gram protein sehari. Gejala berikut merupakan tanda badan anda tidak mendapat jumlah protein yang mencukupi setiap hari.


Adakah Anda Mengalami Masalah Berikut:
  1. Kulit wajah yang kusam?
  2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  3. Rambut sering gugur?
  4. Lesu dan tidak bertenaga?
17 Risiko Kekurangan Protein
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  2. Penyakit buah pinggang 
  3. Penyakit hati 
  4. kolesterol tinggi 
  5. Tekanan darah rendah 
  6. Kandungan gula darah rendah 
  7. Fungsi saraf tak stabil (nerve instability) 
  8. Ulser perut + usus (Peptic ulcer) 
  9. Luka ambat sembuh (poor wound healing) 
  10. Pengaliran darah yang tidak lancar (poor blood circulation) 
  11. Penglihatan kurang baik (poor vision) 
  12. Badan menggeletar (Irritability) 
  13. Letih lesu (fatigue) 
  14. Lemah (Weakness) 
  15. Tinggi kandungan air dalam tisu badan (water retention) 
  16. Terancat akal (prolonged period of time mental retardation) 
  17. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan (lack of resistance to infection)
Anda dah cek tanda-tanda di atas? Adakah anda mengalami tanda-tanda kekurangan protein. Sekiranya ia, anda mungkin memerlukan ESP Shaklee.




Sunday, November 30, 2014

Peranakan Jatuh? Bahaya Untuk Kaum Wanita

Peranakan jatuh adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan wanita. Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.



Wednesday, November 26, 2014

Set Standard Vitamin Shaklee

Dibawah ni ibu senaraikan set standard Suppliment SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. 

  • Anti-Aging : Vivix
  • Anti-Oxidants : Carotomax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
  • Sinus (Resdung), Allergy, Gegata, Eczema : Alfalfa, B Complex, Vitamin C
  • Set Ibu Menyusukan Anak : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
  • Set Kanak-kanak Pintar : Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshakes
  • Confinement Set : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard.
  • Set Diabetis : Gla Complex, B Complex, Vitamin C
  • Set Gout : Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
  • Immune Booster : Nutriferon
  • Set Kesihatan Lelaki : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
  • Set Kecantikan : Vitamin C, Vitamin E, B Complex, ESP, Vivix, Collagen Powder, Gla Complex
  • Weight Management : Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix, Alfalfa, Herblax
  • Set Sendi Dan Tulang : Ostematrix, Omega Guard, Advanced Joint Health Tablet
  • Set Rambut Gugur : Vitalea, Esp, Zinc Complex
  • Set Gastrik : Esp, Alfalfa, Peppermint Ginger Plus
Dan banyak lagi mengikut taraf kesihatan anda.Sila hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut dan Free consultation.

BERMINAT NAK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?


Saya adalah pengedar sah Shaklee 

Untuk Sebarang Maklumat, Hubungi 
DAYANG SUHANA JASIRIN 
ID : 950481 
Whatsapp : 014-9520607 
Facebook : Dz.Vitamins

Monday, November 24, 2014

Mengawal Masalah Keputihan Semasa Mengandung


Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih lagi wanita yang sedang hamil. Dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.


Masalah keputihan merupakan salah satu masalah kesihatan yang sangat dibimbangi oleh Ibu mengandung.. Bukan sahaja rasa tidak selesa malahan risau kesan yang tidak baik pada kandungannya.


Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi :
  • Chlamydia - Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan segera.
  • Kuman Herpes Simpleks - Keputihan yang disebabkan oleh Kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
  • Candida Albican - Menigkatkan risiko berlakunya epilepsi pada bayi
  • Kuman HPV - Boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.
  • Neisserea Gonorrhoea - Menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.
Ibu mengandung yang mengalami masalah keputihan lazimnya akan merasa risau akan risiko yang bakal dialami oleh anak yang dikandung. Masalah keputihan harus dirawat dengan segera sebelum menjadi lebih serius. Bagi mengatasi masalah keputihan ini ada pelbagai cara. Selain daripada menjaga kebersihan vagina, ibu-ibu mengandung juga boleh amalkan suppliment-suppliment yang boleh mengawal masalah keputihan supaya tidak menjadi lebih serius.

Cadangan Suppliment Shaklee Untuk Mengatasi Masalah Keputihan Semasa Hamil :

Anda boleh mencuba Garlic Complex Shaklee. Garlic Complex Shaklee diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi, anti kulat dan membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ATASI MASALAH KEPUTIHAN ANDA SEKARANG JUGA !!!


Untuk Order Terus Boleh Klik Di Sini :

Anda Akan Order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya:
DAYANG SUHANA JASIRIN
ID : 950481
Whatsapp : 014-9520607
Fan Page : Dz.Vitamins

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Ibu Zharif Qusyairi | Template Designed By MH